Sunday, November 22, 2009

Cubaan Pertamaku


Assalamualaikum ! Salam Satu Malaysia.

Inilah cubaan pertama saya dalam menyusuri teknologi komputer abad ke 21 ini. Saya cuba menulis blog setelah sekian lama mendengar, melihat blog orang lain. Saya rasa terpanggil untuk menulis kerana melihat anak-anak saya sendiri cuba menulis blog masing-masing. Bukannya saya buta komputer tapi masa tidak mengizinkan.

Komputer pada umur saya ini bukanlah asing. Saya berminat dengan komputer masa kursus komputer baru diperkenalkan di universiti. Ramai yang seangkatan dengan saya mungkin bersetuju dengan saya bagaimana siksanya nak menggunakan komputer 25 tahun lepas. Walaupun Kursus komputer bukan pengkhususan kami tapi subjek wajib untuk lepas sebagai seorang guru.

Jangan nak dapat komputer di depan meja. Nak guna komputer terpaksa berbaris atau booking dalam nak menyiapkan tugasan. Pemproses untuk program sebesar satu bilik. Menulis program fortran dan nak dapat hasilnya kena tunggu esok baru dapat. Begitu juga menulis BASIC terpaksa guna kad tebuk, salah taip saja kena tukar kad lain. satu baris satu kad. Dah le tu , nak tahu jadi ke tak program tu kena proses dan lagi tunggu sampai esok baru dapat. tu pun kalau salah taip lagi baris yang salah dan tunggu lagi. Siksa betul. Nak taip dokumen pun siksa juga, Lepas dua tahun kemudian kad tebuk telah di simpan dalam muzium dan dapatlah pula guna Apple dan nampakle apa yang ditaip pada skrin. Nak taip dokumen pakai Wordstar. Buat program pascal pulak. Aduh rasa bila la nak habis ni.

Sebab tu rasanya saya tak takut menggunakan komputer dan cuba microsoft office atau cuba macam program yang diberi. Itu pun tugas sebagai pendidik setiap hari.

Sekarang cuti sekolah, kerja memang banyak juga walaupun banyak tapi boleh dengan tenang di rumah tak perlu semak buku dan bersedia untuk pelajaran seterusnya.
Rasanya saya akan cuba menulis lagi sepanjang cuti ini.

Salam Untuk Hari Ini.