Friday, June 1, 2012

Merenung dan Bersyukurlah

Ingatlah nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Nikmat Allah meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki. Kesihatan kita, harta kita, udara yang kita hirup keamanan dan berbagai nikmat lain yang tidak terkira banyaknya adalah pemberian dari Allah.
Anugerah ini khas diberikan kepada kita. Tetapi adakah kita menyedari nya! Kita masih lagi hidup dalam ketidakpastian tentang apa yang kita inginkan atau apa yang kita ada.
Kita selalu meratapi apa yang hilang dari kita atau apa yang kurang tetapi kita seringkali lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri. Lihat lah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling.

Maka renungkanlah. Bersyukurlah!

Tuesday, August 17, 2010

Mensyukuri nikmat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”
Riwayat Tabrani


Huraian
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.
ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.
iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Monday, August 9, 2010

Semangat Kerjasama



Jumaat (6 Ogos 2010) - Berat sama dipikul , Ringan sama dijinjing. Memang tepatlah kata peribahasa melayu. Sama-sama diamalkan
dan hasilnya menggembirakan semua orang.


Thursday, August 5, 2010

Program Kokurikulum

Program Kemuncak Kokurikulum SMK TPM telah berlangsung dengan jayanya pada 30 dan 31 Julai 2010 ( Sabtu dan Ahad). Ucapan terima kasih khas untuk semua pelajar, guru-guru, ibu bapa, alumni STPM khususnya dan semua pengunjung amnya.

Sunday, November 22, 2009

Cubaan Pertamaku


Assalamualaikum ! Salam Satu Malaysia.

Inilah cubaan pertama saya dalam menyusuri teknologi komputer abad ke 21 ini. Saya cuba menulis blog setelah sekian lama mendengar, melihat blog orang lain. Saya rasa terpanggil untuk menulis kerana melihat anak-anak saya sendiri cuba menulis blog masing-masing. Bukannya saya buta komputer tapi masa tidak mengizinkan.

Komputer pada umur saya ini bukanlah asing. Saya berminat dengan komputer masa kursus komputer baru diperkenalkan di universiti. Ramai yang seangkatan dengan saya mungkin bersetuju dengan saya bagaimana siksanya nak menggunakan komputer 25 tahun lepas. Walaupun Kursus komputer bukan pengkhususan kami tapi subjek wajib untuk lepas sebagai seorang guru.

Jangan nak dapat komputer di depan meja. Nak guna komputer terpaksa berbaris atau booking dalam nak menyiapkan tugasan. Pemproses untuk program sebesar satu bilik. Menulis program fortran dan nak dapat hasilnya kena tunggu esok baru dapat. Begitu juga menulis BASIC terpaksa guna kad tebuk, salah taip saja kena tukar kad lain. satu baris satu kad. Dah le tu , nak tahu jadi ke tak program tu kena proses dan lagi tunggu sampai esok baru dapat. tu pun kalau salah taip lagi baris yang salah dan tunggu lagi. Siksa betul. Nak taip dokumen pun siksa juga, Lepas dua tahun kemudian kad tebuk telah di simpan dalam muzium dan dapatlah pula guna Apple dan nampakle apa yang ditaip pada skrin. Nak taip dokumen pakai Wordstar. Buat program pascal pulak. Aduh rasa bila la nak habis ni.

Sebab tu rasanya saya tak takut menggunakan komputer dan cuba microsoft office atau cuba macam program yang diberi. Itu pun tugas sebagai pendidik setiap hari.

Sekarang cuti sekolah, kerja memang banyak juga walaupun banyak tapi boleh dengan tenang di rumah tak perlu semak buku dan bersedia untuk pelajaran seterusnya.
Rasanya saya akan cuba menulis lagi sepanjang cuti ini.

Salam Untuk Hari Ini.